Betul Atau Tak Betul?

Assalamualaikum...
Sebelum Cahaya nak pergi open house Masjid Al-Falah USJ9,Cahaya nak tunjukkan kepada orang-orang yang suka guna Translate Google...
Klik Image Untuk Preview
Hahahaha!!Jangan percaya sangat..
Dulu Cahaya pun pernah wat untuk bahasa arab..Oooppssss...terkantoi...Ustazah cahaya cakap ayat cam budak2...pe2 pun Cahaya nak bagitahu je...hehehehe



Hukum Puasa 6 Syawal dan Maksud melaksanakannya berturutan dengan Ramadhan


Soalan:
Apakah hukum puasa 6 hari dalam bulan Syawal ? Apakah disyaratkan puasa enam itu berturutan?
Jawapan:
Nabi saw memberi galakan menyusuli puasa Ramadhan dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan:
Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.” (HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)
Yang dimaksudkan dengan al-Dahr (الدهر) ialah al-Sanah (السنة = setahun) yakni seolah-olah dia berpuasa setahun penuh, maka jika sentiasa menunaikannya sepanjang tahun, dia seolah-olah berpuasa seumur hidupnya.
Penerangan ini tardapat di dalam hadith yang lain:
Maksudnya : “Puasa sebulan (Ramadhan) menyamai dengan 10 bulan, dan puasa 6 hari (dalam bulan Syawal) menyamai 2 bulan, maka jadilah puasa itu penuh setahun.”
(Persoalan) Apakah dituntut puasa 6 itu disambung terus dengan Ramadhan, dalam ertikata dimulakannya pada hari kedua hari raya ? seperti yang dinytakan dalam lafaz (menyusuli Ramadhan), atau apakah memadai dilakukannya pada bila-bila dalam bulan Syawal, kerana hari-hari dalam bulan Syawal itu semuanya menyusuli/menuruti Ramadhan.
Permasaalan ini para ulama berbeza pendapat, akan tetapi aku (al-Qaradhawi) lebih cenderung kepada pandangan yang kedua, sama juga puasa 6 itu tidak semestinya dilaksanakan berturut-turut (harinya), jika ia dipisah-pisahkan tidak mengapa, insyaallah. (Sumber:Islamonline.net)

Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

Assalamualaikum.
Cahaya nak tunjukkan,Cahaya ada terbaca satu ruangan ni..
Nak tahu sila lihat dibawah:

عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.
.
Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)
Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:
1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Who's Birthday?!

Assalamualaikum...
Birthday?!
Sape yea?????
Hah...hari ni hari lahir ayah Cahaya ( Blackhawk Mus ) yang ke 45...
Betul ke?
Hehehehehe


pe2 pun....
Cahaya nak ucapkan 'Selamat Ulang Tahun Kelahiran' kepada ayah Cahaya yang menjangkau usia ke 44 tahun..semoga ayah Cahaya di bawah perlindungan Allah s.w.t demi untuk mencari rezeki yang tidak pernah kenal erti penat lelah...Semoga di murahkan rezeki dan dipnjangkan umur...
Insya'allah..Amiin..


Coca-Cola + Mentos = Death!

Assalamualaikum....
Cahaya nak tunjukkan satu video ni kepada yang suka minum air coca cola n pepsi
Tengok la yea...............!!!!!!!!!!





Hah!!??cam ne???
pas ni korang nak minum tak???
Minumlah pe yang de....
seelok2nya...
minum lah AIR KOSONG......

Jazirah Cinta



Cahaya nak konsikan satu novel ni...
Tajuk novel ni "JAZIRAH CINTA" 
Nak tahu pe sinopsisnya???

Novel ini berkisar tentang perjalanan hidup Syamsu,seorang pemuda lepasan agama pondok yang miskin harta tetapi kaya jiwa dalam mencari hakikat kehidupan dan makna cinta yang sebenar.Kesepian hidupnya dihiasi dengan kehadiran dua orang gadis ayu, Lula seorang gadis yang terpesong tapi ingin berubah dan Salwa, seorang yang cantik paras rupa dan akhlaknya.Tapi keduanya berakhir dengan tragedi. Namun kesudahannya dia menemui cinta sejatinya dari seorang gadis jelita berhati mulia dalam naungan cahaya Illahi.

KRU Tiga Kata.mp3 - 4shared.com

KRU Tiga Kata.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - <a href="http://www.4shared.com/audio/wSDIi6Sx/KRU_Tiga_Kata.html" target="_blank">KRU Tiga Kata.mp3</a>

Jangan Gunakan Perkataan "SALAM"




بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

<span class="fullpost">
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
</span>

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.


Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna  “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana “A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”


Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..


Petua Mendapat Ilmu yang Banyak dan Berkat

Cahaya dah lama tak tulis entri. 
Cahaya tak nak ngomel lama2. 
Cahaya Nak kongsikan satu info di bawah ini

Perkara paling asas yang perlu kita miliki sebelum, semasa dan selepas menuntut ilmu ialah niat yang ikhlas
Niat tersebut perlula:

1- Ilmu dituntut kerana Allah s.w.t bukan kerana duniawi.
2- Niat belajar untuk mengeluarkan diri daripada kelompok mereka yang jahil.
3- Niatkan untuk menyebarkan ilmu yang ada itu dan manfaatkannya dengan membantu masyarakat.

Jauhi maksiat yang menggelapkan hati.

Tuntutlah ilmu di mana pun kita berada.

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Hikmah (ilmu) itu umpama barang orang Mukmin yang hilang, di mana sahaja kamu jumpainya, ambillah ia."
(Riwayat al-Tarmizi)

Ibnu Abbas ditanya:
"Bagaimana kamu perolehi ilmu yang banyak?" Maka beliau menjawab: "Dengan banyak bertanya." Manakala Imam Abu Hanifah pula menjadi alim kerana banyak berbincang dan berdebat.

Hendaklah dia sentiasa mengulang kaji pelajaran dan jangan malas. Ini kerana kefakiran dan kemiskinan seseorang itu bukan penghalang untuk menjadi alim.

 Sentiasa bersyukur dengan lisannya dan seluruh anggota badannya dan meyakini bahawa segala ilmu itu adalah anugerah Allah.

Sentiasa memohon hidayah daripada Allah dengan berdoa. Mohonlah juga moga Allah tambah ilmu kita dan terangkan hati untuk menerima ilmu yang baru dan memahaminya.

Sentiasa memohon perlindungan kepada Allah daripada sifat bakhil termasuklah bakhil ilmu. Oleh sebab itu, ilmu perlu disebarkan supaya boleh dimanfaatkan.

Berusaha untuk zuhud iaitu tidak tamak kepada harta.

Tentukan masa mengulang kaji. Belajarlah secara konsisten setiap hari walaupun tidak lama.

Elakkan bosan dalam belajar. Anggaplah belajar itu menyeronokkan dan santapan yang paling enak untuk minda. Sentiasalah merasa ketagih menuntut ilmu untuk menghambat perasaan bosan dan malas.

Selamat Hari Raya!!






Assalamualaikum w.b.t

Cahaya nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
Di hari yang mulia ini,sama-sama kita memanjatkan syukur atas keRahmatan dan keNikmatan kita dalam menyempurnakan ibadah puasa dan kita dapat meraikan di hari kemenangan ini dengan penuh rasa syukur....


copyright©2011,done by ApizAin