Cahaya dah lama tak tulis entri.
Cahaya tak nak ngomel lama2.
Cahaya Nak kongsikan satu info di bawah ini
∆ Perkara paling asas yang perlu kita miliki sebelum, semasa dan selepas menuntut ilmu ialah niat yang ikhlas.
Niat tersebut perlula:
1- Ilmu dituntut kerana Allah s.w.t bukan kerana duniawi.
2- Niat belajar untuk mengeluarkan diri daripada kelompok mereka yang jahil.
3- Niatkan untuk menyebarkan ilmu yang ada itu dan manfaatkannya dengan membantu masyarakat.
∆ Jauhi maksiat yang menggelapkan hati.
∆ Tuntutlah ilmu di mana pun kita berada.
Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Hikmah (ilmu) itu umpama barang orang Mukmin yang hilang, di mana sahaja kamu jumpainya, ambillah ia."
(Riwayat al-Tarmizi)
∆ Ibnu Abbas ditanya:
"Bagaimana kamu perolehi ilmu yang banyak?" Maka beliau menjawab: "Dengan banyak bertanya." Manakala Imam Abu Hanifah pula menjadi alim kerana banyak berbincang dan berdebat.
∆ Hendaklah dia sentiasa mengulang kaji pelajaran dan jangan malas. Ini kerana kefakiran dan kemiskinan seseorang itu bukan penghalang untuk menjadi alim.
∆ Sentiasa bersyukur dengan lisannya dan seluruh anggota badannya dan meyakini bahawa segala ilmu itu adalah anugerah Allah.
∆ Sentiasa memohon hidayah daripada Allah dengan berdoa. Mohonlah juga moga Allah tambah ilmu kita dan terangkan hati untuk menerima ilmu yang baru dan memahaminya.
∆ Sentiasa memohon perlindungan kepada Allah daripada sifat bakhil termasuklah bakhil ilmu. Oleh sebab itu, ilmu perlu disebarkan supaya boleh dimanfaatkan.
∆ Berusaha untuk zuhud iaitu tidak tamak kepada harta.
∆ Tentukan masa mengulang kaji. Belajarlah secara konsisten setiap hari walaupun tidak lama.
∆ Elakkan bosan dalam belajar. Anggaplah belajar itu menyeronokkan dan santapan yang paling enak untuk minda. Sentiasalah merasa ketagih menuntut ilmu untuk menghambat perasaan bosan dan malas.