Original Atau Tidak

Assalamualaikum semua penggemar blog..kali ni Cahaya nak kongsikan satu info untuk semua tentang persoalan,"Adakah telefon bimbit kita original atau tidak?"..
  • Cara pertama ialah anda mestilah ada telefon bimbit… Cahaya yakin itu tidak ada masalah
  • Kemudian anda kena tekan pada keypad handphone anda  *#06#
  • Kemudian handphone anda akan keluar terus nombor kod  IMEI iaitu nombor International Mobile Equipment Identit
Jadi, anda mesti semak nombor IMEI handphone pada digit yang ke 7 dan ke  8. Contohnya, no IMEI handphone Nokia 31200c Cahaya ialah 356851021222159 jadi digit ke 7 dan ke 8 adalah 02 dan ini menunjukkan handphone Cahaya adalah xoriginal dan berasal dari China. Jadi,anda semua  boleh menyemak ketulenan handphone anda dan dari kilang mana ia dibuat berdasarkan nombor kod EMEL  yang terbit dari handphone anda. Jika :     

02@ 20 - dari China dan  kualiti yang paling rendah
08 @ 80  - dari Germany  dan kualiti sederhana
01 @ 10 - dari Finland dan tulen serta kualiti sangat bagus
00 @ 03 @ 04 - dari kilang asal dan kualiti yang sangat bagus.
13 - dari Azerbaijan dan kualiti paling rendah serta boleh membahayakan untuk kesihatan   pengguna 

Betapa Berharganya Seorang Wanita


Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."





"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."
Wallahu'alam.............

KEISTIMEWAAN DARAH ISTIHADHAH



Selain darah haid dan nifas, dalam kes-kes tertentu wanita juga mengalami darah istihadhah. Darah istihadhah ialah darah penyakit. Ia keluar disebabkan kecederaan pada organ-organ dalaman atau saluran darah di bahagian abdomen seorang wanita. Darah istihadhah dapat dikenali melalui warnanya yang merah dan kelikatan yang sederhana. Ia umpama darah yang keluar pada anggota badan ketika tercedera, seperti jari yang terluka ketika terkena pisau atau lutut yang cedera ketika bersukan. Ini berbeza dengan darah haid yang berwarna merah gelap dan agak pekat, dengan sering disertai bau yang kurang menyenangkan.

Sesiapa yang mengalami pendarahan istihadhah, hendaklah dia segera mendapat rawatan doktor pakar sakit puan. Sementara menunggu rawatan dan untuk pulih sepenuhnya, perlu diketahui hukum-hukum agama berkenaan darah istihadhah. Inilah yang akan saya kupas seterusnya.

Darah Istihadhah Adalah Suci
Berbeza dengan darah haid dan nifas, darah istihadhah adalah suci hukumnya. Maka seorang wanita yang mengalami pendarahan istihadhah hendaklah tetap mendirikan solat lima waktu sehari dan berpuasa di bulan Ramadan. Ini dengan catatan puasa tersebut tidak memberi kesan negatif kepada darah istihadhah yang sedang dihadapi saat itu. Ini kerana Islam memberi kelonggaran kepada orang yang sakit daripada berpuasa dan darah istihadhah itu sendiri adalah darah penyakit, disebabkan penyakit tertentu dalam abdomen wanita terbabit. Bagi yang mengehendakinya, isteri yang mengalami pendarahan istihadhah boleh juga melakukan hubungan seks dengan suaminya.

Mengenali Darah Istihadhah
Sekalipun telah diterangkan ciri-ciri darah istihadhah dari sudut warna, kelikatan dan baunya, hakikatnya tidaklah semudah itu. Kerap kali wanita yang mengalami pendarahan istihadhah mengalami kesukaran untuk membezakannya dengan darah haid. Suasana lebih diberatkan apabila darah istihadhah keluar bersama darah haid. Jika dirujuk kepada sunnah Rasulullah, baginda telah memberikan beberapa petunjuk dalam persoalan ini. Para wanita pada zaman itu tidak segan-segan untuk bertanya kepada baginda apa-apa persoalan agama sekalipun sesuatu yang melibatkan bahagian sulit mereka. Berdasarkan pertanyaan mereka dan jawapan Rasulullah, dapat dirumuskan empat kaedah bagi mengenali darah istihadhah dan membezakannya dengan darah haid.

Kaedah pertama:
Berdasarkan kitaran kebiasaannya
Setiap wanita memiliki kitaran haid yang khusus baginya. Ada yang lima hari, tujuh hari, sembilan hari dan demikianlah seterusnya. Jika seorang wanita lazimnya memiliki kitaran haid lima hari, maka pendarahan pada hari keenam dikira sebagai darah istihadhah. Kaedah pertama ini merujuk kepada tunjuk ajar Rasulullah kepada Umm Habibah: “tinggalkanlah solat selama masa haidmu yang biasa kamu alami. Kemudian (seusai tempoh itu) mandilah.” [Shahih Muslim, no: 505]

Kaedah kedua:
Berdasarkan ciri-ciri darah seperti warna, kelikatan dan bau
Seperti yang dinyatakan, darah haid berwarna merah gelap, agak pekat dan sering kali berbau kurang menyenangkan. Darah istihadhah pula berwarna merah, di pertengahan antara cair dan pekat serta tidak berbau. Kaedah kedua ini merujuk kepada tunjuk ajar Rasulullah kepada Fathimah binti Abi Hubaish:“apabila itu darah haid, maka ia berwarna gelap yang dapat dikenali (oleh anda). apabila darah itu ternyata demikian, maka tinggalkanlah solat. namun apabila darah itu lain (ciri-cirinya), maka berwuduklah dan kerjakanlah solat, kerana itu hanyalah darah penyakit.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 286]

Kaedah ketiga:
Dapat membezakan antara darah istihadhah dan darah haid, maka hendaklah dia mengira sejak mula pendarahan selama tujuh hari. Tujuh hari pertama tersebut adalah darah haid manakala hari kelapan dan seterusnya ialah darah istihadhah. Kiraan seperti ini dilakukan pada setiap bulan sehinggalah sembuh dari darah istihadhah tersebut. Kaedah ketiga ini merujuk kepada tunjuk ajar Rasulullah kepada Hamnah binti Jahsy: “maka laluilah masa haid kamu selama enam atau tujuh hari, setelah itu mandilah.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 287]

Perlukah mandi dan wuduk?
Wanita yang mengalami darah istihadhah yang bercampur dengan darah haid, hendaklah dia mandi wajib setelah diyakini berdasarkan kaedah-kaedah di atas, tempoh haidnya sudah habis dan darah yang masih keluar ialah darah istihadhah. Persoalan seterusnya, bagaimana wanita tersebut hendak solat jika mengalami darah istihadhah? Bukankah sesuatu yang keluar dari rongga kemaluan membatalkan wuduk dan tanpa wuduk seseorang itu tidak dapat solat?

Jawapannya, darah istihadhah ialah darah penyakit dan Islam memberikan kemudahan kepada orang yang mengalami penyakit. Dalam kes ini, darah istihadhah yang keluar tidak membatalkan wuduk. Oleh itu anda boleh tetap solat seperti biasa. Dalam beberapa hadis, disebutkan bahawa wanita yang mengalami pendarahan istihadhah hendaklah mandi atau berwuduk setiap kali hendak solat. Akan tetapi para ilmuwan Islam berbeza pendapat tentang kekuatan hadis-hadis terbabit. Selain itu, mereka juga memahami bahawa mandi atau wuduk setiap kali hendak solat adalah satu anjuran dan bukannya kewajipan.

Oleh itu bagi wanita yang mengalami darah istihadhah:
Jika belum ada wuduk, maka berwuduklah kemudian solat.
Jika sudah ada wuduk sejak awal, maka teruskan bersolat. Namun jika dia ingin memperbaharui wuduk sebelum solat, maka itu adalah lebih baik.
Jika memiliki kemudahan, adalah lebih utama untuk mandi dan wuduk sebelum setiap solat.
copyright©2011,done by ApizAin