Petua Mendapat Ilmu yang Banyak dan Berkat

Cahaya dah lama tak tulis entri. 
Cahaya tak nak ngomel lama2. 
Cahaya Nak kongsikan satu info di bawah ini

Perkara paling asas yang perlu kita miliki sebelum, semasa dan selepas menuntut ilmu ialah niat yang ikhlas
Niat tersebut perlula:

1- Ilmu dituntut kerana Allah s.w.t bukan kerana duniawi.
2- Niat belajar untuk mengeluarkan diri daripada kelompok mereka yang jahil.
3- Niatkan untuk menyebarkan ilmu yang ada itu dan manfaatkannya dengan membantu masyarakat.

Jauhi maksiat yang menggelapkan hati.

Tuntutlah ilmu di mana pun kita berada.

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Hikmah (ilmu) itu umpama barang orang Mukmin yang hilang, di mana sahaja kamu jumpainya, ambillah ia."
(Riwayat al-Tarmizi)

Ibnu Abbas ditanya:
"Bagaimana kamu perolehi ilmu yang banyak?" Maka beliau menjawab: "Dengan banyak bertanya." Manakala Imam Abu Hanifah pula menjadi alim kerana banyak berbincang dan berdebat.

Hendaklah dia sentiasa mengulang kaji pelajaran dan jangan malas. Ini kerana kefakiran dan kemiskinan seseorang itu bukan penghalang untuk menjadi alim.

 Sentiasa bersyukur dengan lisannya dan seluruh anggota badannya dan meyakini bahawa segala ilmu itu adalah anugerah Allah.

Sentiasa memohon hidayah daripada Allah dengan berdoa. Mohonlah juga moga Allah tambah ilmu kita dan terangkan hati untuk menerima ilmu yang baru dan memahaminya.

Sentiasa memohon perlindungan kepada Allah daripada sifat bakhil termasuklah bakhil ilmu. Oleh sebab itu, ilmu perlu disebarkan supaya boleh dimanfaatkan.

Berusaha untuk zuhud iaitu tidak tamak kepada harta.

Tentukan masa mengulang kaji. Belajarlah secara konsisten setiap hari walaupun tidak lama.

Elakkan bosan dalam belajar. Anggaplah belajar itu menyeronokkan dan santapan yang paling enak untuk minda. Sentiasalah merasa ketagih menuntut ilmu untuk menghambat perasaan bosan dan malas.

2 comments:

copyright©2011,done by ApizAin